Saturday, October 25, 2014

Definisi...

Sebelum kita teruskan dengan terjemahan yang seterusnya, saya rasa saya patut explain layout blog ni dulu. So setiap post akan didahulukan dengan terjemahan ayat Al Quran (diboldkan) dalam bahasa melayu and then diikuti dengan isi-isi penting yang boleh kita ambil melalui terjemahan tersebut.

Hari ni kita masuk ke surah kedua iaitu Al-Baqarah (Sapi [Lembu] betina)


  1. Alif La~m Mi~m
  2. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa
  3. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,
  4. dan mereka yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adanya akhirat
  5. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang orang yang beruntung
Saya yakin, bahawa kebanyakan kita tahu yang Alif La~m Mi~m ni kita tak tahu apa maksudnya. Hanya Allah sahaja yang tahu

Ayat seterusnya memberikan kenyataan bahawa Al Quran ni sahih-tak ada keraguan di dalamnya. Jadi bererti tidak ada cacat cela ataupun contradiction di dalamnya

Kemudian kita diberikan definisi orang orang yang bertakwa. Al Quran kata orang orang yang bertakwa ni:
  1. Beriman kepada perkara-perkara ghaib. Dalam ayat ni tidak diterangkan maksud perkara-perkara ghaib. Mungkin ada diterangkan dalam ayat-ayat yang lain?
  2. Mendirikan solat
  3. Menginfakkan sebahagian rezeki mereka (?bersedekah dan membayar zakat)
  4. Beriman kepada Al-Quran dan kitab kitab yang sebelumnya. Dalam ayat ni tak dijelaskan apa maksud kitab-kitab sebelumnya. Tapi rasanya ada dijelaskan pada ayat-ayat lain
Kemudian dikatakan bahawa orang orang yang bertakwa ni ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah dan mereka ni beruntung. Beruntung juga tidak dijelaskan apa maknanya di sini. Kemungkinan besar beruntung bererti ganjaran pahala dan syurga di akhirat.

Kalau diperhatikan Allah menggunakan ganti diri 'Kami' dalam ayat-ayat di atas. Ini tidak bererti ada beberapa Allah (ada dijelaskan dalam ayat yang lain). Sefaham saya, 'Kami' dalam Bahasa Arab juga membawa maksud pangkat yang lebih tinggi. Kalau dalam Bahasa Melayu, kata ganti diri 'beta' pangkatnya lagi tinggi daripada 'patik'. Tapi dalam Bahasa Arab diorang gunakan 'Kami' untuk menunjukkan Allah ni pangkatnya lebih tinggi daripada makhluk ciptaannya

2 ayat yang seterusnya.

6. Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak beri peringatan, mereka tidak akan beriman
7. Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat

Ayat ni ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. dan Allah mendifinisikan apa itu orang kafir. Mengikut ayat di atas, orang kafir ni tidak beriman walaupun setelah didakwah. Beriman di sini mungkin merujuk kepada beriman kepada Allah. Dan Allah menyatakan hukuman yang diberikan kepada orang kafir dalam ayat seterusnya: azab yang berat. Juga tidak dinyatakan apa azabnya itu tapi kemungkinan besar bererti neraka.

Allah juga menyatakan dalam ayat 7 bahawa Allah telah menutup hati, pendengaran dan penglihatan mereka. Apa yang saya yakin disini ialah ayat ni tak bermaksud literal. Kalau ayat ni literal maka semua orang kafir akan jadi pekak dan buta. Jadi ayat ni bererti lebih metaforikal. Pendengaran dan penglihatan mereka tertutup daripada ayat-ayat Al Quran.

Juga yang menarik dengan ayat di atas ialah Allah terang-terang menyatakan bahawa Allah telah menutup hati orang kafir. Mungkin ayat ni bertujuan untuk menaikkan semangat Rasulullah S.A.W. untuk terus berdakwah. Mengikut sejarah, Rasulullah berdakwah untuk tempoh yang lama tapi orang-orang kafir tetap tak mahu beriman. Kalau kita berdakwah lama tapi tak ada siapa yang nak dengar, satu hari pasti akan terdetik di hati kita "salah ke cara aku berdakwah ni?". Jadi mungkin Allah tujukan ayat ni kepada Rasulullah untuk tidak berfikir sedemikian. Dan yang lebih penting lagi ialah doa. Doa itu penting dalam proses berdakwah kerana Allah sahaja yang boleh membuka ataupun menutup hati seseorang.

So itu sahaja untuk post kali ni. Jadi jangan tinggal solat dan rajin-rajinlah bersedekah (dan jangan tinggal bayar zakat!), mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertakwa.



No comments:

Post a Comment