Friday, October 31, 2014

Sapi betina 2- Analogi orang-orang munafik

Salam,

Sorry post hari ni lewat beberapa hari.

Post hari ni ialah sambungan dari ayat-ayat surah Al-Baqarah daripada post yang sebelumnya. Ayat-ayat ni memerincikan tentang orang-orang munafik dan beberapa analogi yang diberikan kepada mereka.

8. Dan di antara manusia ada yang berkata, "Kami beriman kepada Allah dan hari akhir," padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang beriman.

9. Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari.

10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit itu; dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta.

11. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah berbuat kerosakan di bumi!" Mereka menjawab, "Sesungguhnya kami justeru orang-orang yang melakukan kebaikan."

12. Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang berbuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari.

13. Dan apabila dikatakan kepada mereka,"Berimanlah kami sebagaimana orang lain telah beriman!" mereka menjawab, "Apakah kami akan beriman seperti orang-orang kurang akal itu beriman?" Ingatlah sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang kurang akal, tetapi mereka tidak tahu.

14. Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata, "Kami telah beriman." Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan (?para pemimpin) mereka, mereka berkata, "Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok."

15. Allah akan memperolok-olokkan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan.

16. Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak mendapat petunjuk.

Ayat-ayat di atas merupakan sambungan dialog Allah dengan Rasulullah S.A.W. Setelah bercakap mengenai orang-orang kafir, Allah bercerita pula kepada Rasulullah mengenai orang-orang munafik. Take note bahawa walaupun ayat-ayat di atas merupakan ciri-ciri klasik orang-orang munafik, tetapi Allah tak menyebut satu pun perkataan 'munafik' dalam ayat-ayat di atas. Tapi untuk memudahkan perbincangan dalam post ni, lebih mudah kalau kita gelar mereka ni sebagai orang munafik.

Secara ringkasnya, orang-orang munafik ni ialah orang yang berpura-pura beriman. Dan Allah membalas penipuan mereka dengan membiarkan mereka dalam kesesatan dan memberi azab yang pedih.

Antara perkara-perkara yang diperolok-olokkan oleh golongan ini ialah:

  1. Beriman kepada Allah dan hari akhirat
  2. Berpura-pura berbuat kebaikan di bumi tetapi sebenarnya berbuat kerosakan (adakan ayat ini merujuk kepada kerosakan alam sekitar ataupun kerosakan akhlak? kerosakan agak umum)
Mereka turut mepersendakan orang-orang yang beriman dalam ayat ke 13.

Seperti dalam post yang sebelumnya, pada ayat 10 Allah secara terang-terangan menyatakan bahawa Allah akan menambahkan penyakit ke atas hati orang-orang munafik. 

Dan akhir sekali pada ayat yang ke16, Allah memperumpakan orang munafik dalam perniagaan jual dan beli.

Mari kita lihat perumpaan lain yang Allah gunakan untuk golongan munafik ni.


17. Perumpaan mereka seperti orang-orang yang menyalakan api, setelah menerangi sekelilingnya, Allah melenyapkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan tidak dapat melihat.

18. Mereka tuli, bisu dan buta, sehingga mereka tidak dapat kembali

19. Atau seperti (orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, yang disertai kegelapan, petir dan kilat, Mereka menyumbat telinga dengan jari-jarinya, (menghindari) suara petir itu kerana takut mati. Allah meliputi orang-orang yang kafir

20. Hampir sahaja kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali (kilat itu) menyinari, mereka berjalan di bawah (sinar) itu, dan apabila gelap menerpa mereka, mereka berhenti. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia hilangkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.

3 perumpaan digunakan:

  1. umpama orang yang cuba menyalakan api
  2. umpama orang tuli (?pekak), bisu dan buta
  3. umpama orang yang berjalan di dalam kegelapan sambil diterangi oleh kilat dan guruh

Secara jujurnya, saya rasa analogi pertama tu agak harsh. Selepas penat-penat menyalakan api, Allah padamkan api tersebut dan biarkan mereka dalam kegelapan. Sounds like a bully. But in the end, I need to remind myself yang Allah boleh buat apa sahaja yang Dia kehendaki.

Tak banyak yang saya boleh komen untuk post kali ni. Jumpa lagi dalam next post insyaAllah. Meanwhile, banyak-banyaklah berdoa supaya 'perdagangan' kita mendapat untung dan mendapat petunjuk.

No comments:

Post a Comment