Saturday, November 1, 2014

Sapi betina 3- Kekuasaan Allah

Salam,

Ayat-ayat yang kita nak pelajari untuk post kali ini agak bercampur-aduk dari segi mesej yang hendak disampaikan. Even target ayat-ayat ini juga untuk orang-orang ataupun kelompok-kelompok yang berlainan.

So first, mari kita lihat ayat-ayat dari surah Al-Baqarah untuk post kali ni. Kemudian, kita akan cari dan bincangkan tema-tema yang timbul daripada ayat-ayat ini.

Surah Al-Baqarah 21-28

21. Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptamu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa.

22. Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui

23. Dan jika kamu tetap dalam keraguan tentang Al-Quran yang kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), (buatlah) satu surah (saja) yang semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar

24. Jika kamu tidak mampu membuatnya, dan (pasti)  tidak akan mampu, maka takutlah kamu akan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir.

25. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, bahawa mereka (disediakan) syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga, mereka berkata, "Inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu," Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan di sana mereka (memperoleh) pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya.

26. Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk ataupun yang lebih kecil daripada itu. Adapun orang-orang  yang beriman, mereka tahu bahawa itu kebenaran daripada Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, "Apa maksud Allah dengan perumpamaan ini?" Dengan (perumpamaan)  itu banyak orang yang dibiarkanNya sesat, dan dengan itu banyak (pula) orang yang diberiNya petunjuk. Tetapi tidak ada yang dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu selain orang-orang fasik,

27. (iaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah setelah (perjanjian) itu diteguhkan, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah untuk disambungkan, dan berbuat kerosakan di bumi. Mereka itulah orang- orang yang rugi

28. Bagaimana kamu ingkar kepada Allah, padahal kamu (tadinya) mati, lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu lalu Dia menghidupkan kamu kembali. Kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan.

Ok, sekarang mari kita lihat apa tema-tema yang muncul dari ayat-ayat di atas

Perintah untuk menyembah Allah

Ini jelas pada ayat 21. Pada ayat 22, di tegaskan lagi supaya manusia tidak menyembah selain daripada Allah ("mengadakan sekutu-sekutu)

Kekuasaan Allah di muka Bumi

Ini termasuklah:

  1. Penciptaan bumi dan langit (ayat 22)
  2. Penciptaan hujan dan buah-buahan (ayat 22)
  3. Menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup (ayat 28). Saya tak berapa terang mengenai tujuan diturunkan ayat ini. Ada 2 teori yang dapat saya kaitkan dengan penurunan ayat ini. Teori 1- orang-orang Arab pada masa itu percaya bahawa tidur itu bagaikan mati yang sementara. Jadi Allah memperingatkan orang-orang Arab zaman itu mengenai kekuasaanNya untuk menghidupkan (membangunkan) orang yang sedang tidur dan mematikan (menidurkan) orang yang celik. Teori 2- terjadinya peristiwa orang mati dihidupkan dan kemudian dimatikan semula dan kemudian dihidupkan kembali sebelum ayat ini diturunkan. Kemudian Allah mengkritik orang-orang yang menyaksikan peristiwa tersebut tetapi masih tidak beriman.
Penerangan tentang fenomena alam

Ini termasuklah:
  1. Allah menciptakan bumi sebagai hamparan dan langit sebagai atap (ayat 22). Ayat ni tak berapa saintifik tapi mungkin diturunkan berdasarkan kepercayaan dan pengetahuan orang-orang Arab pada zaman itu
  2. Hujan diturunkan dari langit dan buah-buahan dijadikan daripada hujan (ayat 22). 
Cabaran untuk menghasilkan surah yang serupa dengan Al- Quran

Ini boleh dilihat pada ayat ke 23 dan 24. Ayat ini mungkin ditujukan kepada orang-orang kafir. Dalam ayat ke-24 juga Allah pasti bahawa cabaran tersebut tidak dapat ditunaikan.

Penerangan tentang syurga dan neraka

Neraka ada diterangkan serba sedikit dalam ayat ke-24. Dinyatakan pada ayat tersebut bahawa bahan bakarnya ialah manusia dan batu.

Syurga pula diterangkan pada ayat selanjutnya. Syurga ini dikhaskan untuk orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan. Di dalamnya terdapat sungai-sungai, buah-buahan (yang serupa dengan rezeki di bumi?) dan pasangan-pasangan yang suci. Penghuni syurga juga kekal di dalam syurga

Perbezaan antara orang-orang yang beriman dan orang-orang kafir

Ayat 26 dimulakan dengan satu perumpamaan yang agak pelik. Allah menggunakan perumpamaan seekor nyamuk- tetapi tidak dijelaskan dengan lebih lanjut mengenai perumpamaan tersebut

Kemudiannya Allah menyatakan bahawa orang yang beriman faham maksud perumpamaan tersebut tetapi orang yang kafir tidak akan faham. Selepas itu, Allah menyatakan bahawa sebilangan orang akan diberikan petunjuk olehNya and sebilangan lagi dibiarkan sesat. (Ni berbalik kepada kehendak Allah untuk menyesatkan sesiapa sahajaa yang disukainya). Orang-orang yang disesatkan ini termasuklah orang-orang kafir dan orang-orang fasik.

Ciri-ciri orang fasik

Diterangkan pada ayat 27. Orrang-orang yang fasik ialah:
  1. Orang-orang yang melanggar perjanjian dengan Allah
  2. Memutuskan apa yang diperintahkan Allah untuk disambungkan. (contohnya di sini ialah memutuskan hubungan silaturrahim)
  3. Berbuat kerosakan di bumi. (Kerosakan di bumi agak umum, setiap kali saya dengar ayat kerosakan di bumi saya bayangkan perkara-perkara seperti pencemaran,...)

Itu sahaja untuk post kali ni. Wallahualam. Marilah kita mengukuhkan iman kita dan membuat kebajikan supaya kita menjadi penghuni syurga yang kekal di dalamnya. 

No comments:

Post a Comment