Tuesday, November 4, 2014

Sapi betina 5- Peringatan Allah kepada Bani Israel

Salam,

Post hari ini agak pendek dan pengajarannya agak straight forward

Ayat Al Quran seterusnya banyak ditumpukan kepada Bani Israel. Walaubagaimanapun, mana yang baik tu kita boleh la ambil sebagai contoh.

Al Baqarah 40-46

Bismillah

40. Hai Bani Israel, ingatlah akan nikmatKu yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan penuhilah janjimu kepadaKu, nescaya Aku penuhi janjuKu kepadamu; dan hanya kepadaKulah kamu harus takut (tunduk)

41. Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Quran) yang membenarkan apa (Taurat) yang ada padamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya. Janganlah kamu jual ayat-ayatKu dengan harga murah, dan bertaqwalah hanya kepadaKu.

 42. Dan janganlah kamu campur adukkan kebenaran dan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenarannya, sedangkan kamu mengetahuinya.

43. Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah berserta orang yang rukuk

44. Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab (Turat) tidakkah kamu mengerti?

45. Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah)  dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

46. (yaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya

Refleksi

Ayat dimulakan dengan Allah menyahut kepada Bani Israel. Ayat-ayat yang seterusnya merujuk kepada perintah Allah kepada Bani Israel. Kebanyakan ayat-ayat tersebut bernada ibadah dan tauhid, jadi kita sebagai orang Islam boleh juga ambil pengajaran daripada ayat-ayat ini.

Peringatan Allah kepada Bani Israel termasuklah:

  • Penuhi janji dengan Allah- tidak dijelaskan apakah yang dimaksudkan dengan janji kepada Allah
  • Takut kepada Allah (sahaja)
  • Tidak mencampur adukkan kebenaran dan kebatilan
  • Tidak menyembunyikan kebenaran
  • Laksakan solat
  • Menunaikan zakat
  • Rukuk berserta orang yang rukuk- ayat ini bagaikan memerintahkan solat berjemaah?
  • Mohon pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat

Allah juga melarang sikap hipokrit seperti yang dinyatakan dalam ayat 44

Dan di ayat 46, Allah menyebut definisi orang-orang khusyuk. Orang-orang khusyuk ini ialah orang-orang yang yakin akan bertemu dengan Allah dan kembali kepadaNya.


Sekian untuk post kali ni. Semoga kita yakin akan tibanya hari di mana kita akan bertemu dengan Allah. Semoga kita digolongkan dalam golongan yang khusyuk.

No comments:

Post a Comment