Friday, October 24, 2014

Introduction dan pembukaan

Salam,

Selamat datang ke blog baru saya.


Dalam blog ni saya nak fokuskan untuk memahami terjemahan Al Quran. saya ada satu lagi blog lain yang membincangkan tentang hal ehwal semasa tetapi saya nak khususkan blog ni untuk lebih memahami Al Quran.

Blog ni mainly ialah untuk saya belajar Islam melalui sumber utamanya iaitu Al Quran. pengetahuan saya mengenai Islam selama ini majoritinya ialah melalui buku teks Pendidikan Islam dan mulut mulut ustaz dan ustazah. Kemudian adalah desus-desis hadith, sunnah dan sebagainya yang saya dengar dari mulut orang lain yang jarang sekali saya tanya sahih ke tak sumbernya tu. Dan saya pasti kebanyakan daripada kita pun faham Islam melalui cara ni. Jadi saya berhasrat untuk lihat sendiri kandungan Al Quran (melalui terjemahan) dan cuba membanding bezakan dengan pemahaman dan pengamalan Islam kita pada hari ni.

Ada beberapa sebab saya terfikir untuk buat benda ni:

  1. Islam sedang dikecam oleh masyarakat sedunia dengan wujudnya golongan-golongan radikal Islam. kedua-dua pihak: golongan radikal Islam dan golongan yang mengecam Islam sering kali mengambil cebisan dan petikan ayat Al Quran untuk mendokong hala tuju mereka. Jadi saya nak tengok jika konteks ayat-ayat berkenaan bertepatan atau tidak dengan tujuan mereka
  2. Beberapa isu panas di Malaysia yang menyebabkan sesama umat Islam bertelingkah. Pun sama macam di atas.
  3. Saya rasa ada beberapa pandangan mengenai Islam yang kita dukung pada hari ni agak bias dan tak mewakili sesetengah pihak. Sebagai contoh golongan LGBT (lesbian, gay, bisexual, transgender) dan wanita dalam kes pengguguran. Ini juga sebabnya saya rasa saya perlu faham sendiri Al Quran dan kupas isu ni berdasarkan apa yang Al Quran nyatakan.
  4. Saya rasa kita perlu buat anjakan paradigma tentang pemahaman kita terhadap Al Quran. Banyak orang Melayu yang baca Al Quran tanpa memahami apa yang dibaca. Memanglah sekurang-kurangnya dapat pahala tapi sayangnya kalau tak faham apa yang Al Quran cuba sampaikan. Lagi teruk, ada yang anggap ayat-ayat Quran macam mentera yang tujuannya hanya untuk halau syaitan dan jin tapi tak pernah nak aplikasikan di luar konteks tersebut.
Ok, saya tak mahu berbual panjang sangat, nanti orang tak mahu baca pulak.

Untuk merasmikan pembukaan blog ini, mari kita bukakannya dengan introduction daripada Al Quran sendiri- surah Al Fatihah (pembukaan)


  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
  3. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
  4. Pemilik hari pembalasan
  5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
  7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
Surah ni bagaikan satu doa. Ayat dimulakan dengan Bismillah... bagaikan untuk meminta izin daripada Allah. Kemudian kita diberitahu tentang sifat-sifat Allah. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan Allah juga pemilik alam yang kita tinggal kini dan alam akhirat. Ayat yang seterusnya memang merupakan satu doa untuk meminta petunjuk. Pertamanya kita acknowledge hanya Allah Tuhan yang layak disembah dan Tuhan untuk meminta pertolongan. Dan kemudian kita berdoa untuk ditunjukkan jalan yang lurus.

Ada pendapat yang mengatakan 'mereka yang dimurkai' merujuk kepada orang-orang Yahudi dan 'mereka yang sesat' merujuk kepada orang-orang Kristian. Saying that, ayat ini juga pernah digunakan oleh orang bukan Islam untuk mengapi-apikan semangat Islamophobia dengan menunjukkan orang bukan Islam bahawa orang Islam melabel orang Yahudi sebagai 'orang yang dimurkai' dan orang Kristian sebagai 'orang yang sesat'. Mereka pun cakap "ni dalam kitab umat Islam sendiri ada cakap macam tu". Saya berpendapat sebaiknya kita ambil makna ayat ni secara dasar. 'Orang yang dimurkai' tu ialah orang yang dimurkai di sisi Allah dan 'orang yang sesat' tu ialah orang yang sesat di sisi Allah. Allah ialah sebaik baik Hakim. dan kalau kita menggunakan ayat ini untuk melabel orang bukan Islam ada kemungkinan kita akan membawa lebih banyak kesan buruk kepada Islam. Lagi-lagi kalau kita beritahu orang bukan Islam ni depan-depan. Memang sengaja nak buat musuh.

InsyaAllah akan sambung lagi di kendian hari. Banyak-banyaklah baca Al-Fatihah (sekarang dah faham sikit-sikit maksudnya). Semoga kita diberi petunjuk yang lurus berterus-terusan.


Wallahualam



No comments:

Post a Comment