Friday, November 7, 2014

Yusuf 2- Nabi Yusuf dan perempuan yang menggodanya

Salam,

Cerita Nabi Yusuf untuk post kali ini berkesinambungan daripada kisahnya selepas ditinggalkan di dalam perigi oleh saudaranya.

Sebelum kita meneruskan kisah Nabi Yusuf A.S., just a fun fact; nama Nabi Yusuf di dalam bible bahasa Inggeris ialah Joseph manakala Nabi Y'akub pula ialah Jacob


Different Joseph and Jacob obviously...

Surah Yusuf 19-29

Bismillah

19. Dan datanglah sekelompok musafir, mereka menyuruh seorang pengambil air. Lalu dia menurunkan timbanya. Dia berkata, "Oh senangnya, ini ada seorang anak muda!" Kemudian mereka menyembunyikannya sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.



20. Dan mereka menjualnya (Yusuf) dengan harga rendah, iaitu beberapa dirham sahaja, sebab mereka tidak tertarik kepadanya.



21. Dan orang dari Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya, "Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, mudah-mudahan dia bermanfaat bagi kita atau kita pungut dia sebagai anak." Dan demikianlah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di negeri (Mesir), dan agar Kami ajarkan kepadanya takwil mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengerti.

Nabi Yusuf A.S. dijumpai oleh sekumpulan musafir di dalam perigi. Mereka kemudiannya menjual Nabi Yusuf (dengan harga yang rendah) kepada sepasang suami isteri di Mesir.

22. Dan ketika dia telah cukup dewasa Kami berikan kepadanya kekuasaan dan ilmu. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik

23. Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia menutup pintu-pintu, lalu berkata "Marilah mendekat kepadaku," Yusuf berkata, "Aku berlindung kepada Allah, sungguh, tuanku telah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak akan beruntung.

24. Dan sungguh, perempuan itu telah berkehendak kepadanya (Yusuf). Dan Yusuf pun berkehendak kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah Kami palingkan darinya keburukan dan kekejian. Sungguh, dia (Yusuf) termasuk hamba Kami yang terpilih.

25. Dan keduanya berlumba menuju pintu dan perempuan itu menarik baju gamisnya (Yusuf) dari belakang hingga koyak dan keduanya mendapati suami perempuan itu di depan pintu.  Dia (perempuan itu) berkata, "Apakah balasan terhadap orang yang bermaksud buruk terhadap isterimu, selain  di penjarakan atau (dihukum) dengan seksa yang pedih?"



26. Dia (Yusuf) berkata, "Dia yang menggodaku dan merayu diriku. " Seorang saksi dari keluarga perempuan itu memberikan kesaksian, "Jika baju gamisnya koyak di bahagian depan, maka perempuan itu benar, dan dia (Yusuf) termasuk orang yang dusta.

27. Dan jika baju gamisnya koyak di bahagian belakang, maka perempuan itulah yang dusta, dan dia (Yusuf) termasuk orang yang benar."

28. Maka ketika dia (suami perempuan itu) melihat baju gamisnya (Yusuf) koyak di bahagian belakang, dia berkata "Sesungguhnya ini adala tipu dayamu. Tipu dayamu benar-benar hebat."

29. "Wahai Yusuf! Lupakanlah ini, dan (isteriku) mohonlah ampunan atas dosamu, kerana engkau termasuk orang yang bersalah."

Cerita ini kemudian di-fast forward-kan sehingga Nabi Yusuf A.S. menjelang dewasa dan dia dikurniakan dengan kuasa dan ilmu.

Suatu hari, Nabi Yusuf digoda oleh isteri kepada orang yang membelinya. Nabi Yusuf resisted godaan tersebut. Tetapi perempuan ni agak 'gersang' jadi dia pun mengejar Nabi Yusuf dan menarik baju Nabi Yusuf A.S. dari belakang sehingga terkoyak. Tiba-tiba suami kepada perempuan tersebut muncul di muka pintu dan melihat peristiwa tersebut. Perempuan tersebut dengan pantasnya memfitnah dan menyalahkan Nabi Yusuf A.S. dengan menyatakan bahawa Nabi Yusuf cuba untuk menggodanya.

Saya agak keliru mengenai hubungan Nabi Yusuf A.S. dengan suami isteri di rumah tersebut.  Pada ayat ke 21, orang yang membeli Nabi Yusuf mengatakan kehendaknya untuk menjadikan Nabi Yusuf sebagai anak. Manakala dalam ayat ke 23, Nabi Yusuf menyatakan "tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.", seolah-olah memberitahu bahawa baginda telah dijadikan sebagai seorang hamba (yang dilayan dengan baik) di dalam rumah tersebut. Jadi, terdapat persoalan mengenai status Nabi Yusuf di dalam rumah tersebut.

Tetapi malang bagi perempuan tersebut. 'saksi dari keluarga perempuan' tersebut memberikan kesaksian. Jika baju Nabi Yusuf S.A. koyak di bahagian depan, maka Nabi Yusuf yang bersalah, tetapi jika baju Nabi Yusuf koyak di bahagian belakang, maka perempuan tersebut yang bersalah.
Baju Nabi Yusuf yang koyak di belakang itu dijadikan bukti yang menunjukkan bahawa Nabi Yusuf tidak bersalah.



Kisah ni biasa kita dengar. Dan dalam kebanyakan versi dinamakan perempuan itu sebagai Zulaikha.
Tetapi melalui ayat di atas, perempuan tersebut tidak dinamakan di dalam Al-Quran.

Saya ingin membawa perhatian pembaca kepada latar tempat di mana kejadian ini berlaku. Ingat dalam post yang sebelum ini, Nabi Ya'kub dan kelurga tinggal di Kana'an. Nabi Yusuf kemudiannya dibawa oleh sekumpulan musafir ke Mesir dan dijual di sana. Sejak itu, Nabi Yusuf membesar dan tinggal di Mesir.

Apa yang akan terjadi kepada Nabi Yusuf A.S. kemudiannya? Hihi kenalah tunggu post yang seterusnya. Wallahualam

No comments:

Post a Comment